Mengaku Dedah Harga Tender



JOHOR BAHRU – Bekas Naib Presiden Kanan Iskandar Investment Berhad (IIB) didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan bagi tender satu projek pembinaan jalan tiga tahun lepas.

Hakim Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas Rostam Razali, 51, yang berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor mengaku melakukan kesalahan itu di pejabat South Johor Investment Corporation Berhad yang kini dikenali sebagai IIB pada awal April 2008.

Dia dituduh tanpa kebenaran pihak pengurusan telah menggunakan maklumat yang diperoleh atas kedudukannya sebagai pegawai syarikat itu untuk mendapat keuntungan bagi dirinya dan orang lain dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan Projek 3: Pakej 3B – pembinaan dan penyiapan Jalan Abu Bakar Interchange kepada bakal penender iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kimlun Sdn. Bhd., Sim Tian Liang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 132(2)(b) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 132(3) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM30,000.

Mengikut fakta kes yang dibacakan di mahkamah, Rostam telah menerima anggaran harga projek pembinaan tersebut daripada konsultan projek itu, ARH Jurukur Bahan Sdn. Bhd. pada 3 April 2008 sebelum memaklumkan kepada Tiang Liang supaya syarikat Kimlun Sdn. Bhd. memasuki tender dalam lingkungan harga berkenaan.
sumber

Mengaku Dedah Harga Tender Mengaku Dedah Harga Tender Reviewed by Admin on 10:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.