Latif Ibrahim Diserang Sakit Jantung Kini Terlantar Di IJN!



Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Latif Ibrahim, 61, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.

Adik kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Mengharap Kasihmu’, Datuk Khatijah Ibrahim memaklumkan kondisi abangnya kini berada dalam keadaan kritikal tetapi dilaporkan stabil.

Khatijah menyatakan Latif dimasukkan ke CCU selepas mengalami muntah-muntah sebelum dikejarkan terus ke IJN.

“Buat masa ini dia masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN. Dia sudah lama menghidap penyakit jantung dan ini merupakan kami kedua dia dimasukkan ke IJN akibat serangan yang sama dan pernah menjalankan pembedahan jantung 12 tahun yang lalu,” jelas Khatijah dipetik daripada laman mStar.

Sama-samalah kita mendoakan kesihatan uncle Latif Ibrahim stabil dan pulih segera.
sumber

Latif Ibrahim Diserang Sakit Jantung Kini Terlantar Di IJN! Latif Ibrahim Diserang Sakit Jantung Kini Terlantar Di IJN! Reviewed by Admin on 12:10:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.