Kerjasama Makhluk Semut



Antara sifat menarik yang terdapat pada seekor semut adalah:

1. Ia boleh berlari sangat laju berbanding dengan saiz badannya. Ia mampu mengangkat benda 20x daripada berat badannya.Otaknya mempunyai 250 000 sel otak berbanding menusia mempunyai 10,000 juta.

2. Panjang hayatnya adalah diantara 45 - 60 hari.Sesungutnya digunakan untuk menyentuh dan mengesan bau.Semut dewasa tidak boleh menelan makanan pepejal, sebaliknya menelan makanan cecair. 

3. Abdomennya mempunyai 2 perut. Satu perut memuatkan makanan untuk dirinya dan satu lagi untuk semut lain. Terdapat 1000 spesies semut yang diketahui.

4. Setiap koloni mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 4 permasuri. Tugasnya hanyalah untuk menghasilkan telur, yang kemudiannya akan dijaga oleh semut pekerja. Tugas semut pekerja adalah untuk mencari makanan, menjaga anak semut,dan mempertahankan koloni.

5. Semut pekerja akan menyusun telur dan larva mengikut umurnya. Pada waktu malam ia akan membawa telur dan larva jauh kedalam koloni agar ia tidak kesejukan. Pada waktu siang pula ia akan dibawa ke atas kolonia agar ia lebih panas. 

6. Jika seekor semut menjumpai makanan, ia akan meninggalkan jejak bau agar semut lain dapat menjumpai makanan tersebut.

Kerjasama Makhluk Semut Kerjasama Makhluk Semut Reviewed by Admin on 1:55:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.