Kelibat Suarez, Kean Pasti Jadi Tumpuan



LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mempertahankan rakan sejawatannya di Blackburn Rovers iaitu Steve Kean menjelang pertemuan Liga Perdana England malam ini.

Begitupun, Dalglish tetap risau dengan nasib penyerang sensasi skuad The Reds, Luis Suarez yang akan membuat penampilan pertama di Anfield selepas digantung lapan perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England minggu lalu.

Suarez dijatuhi hukuman itu selepas mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan berkulit hitam United, Patrice Evra.

Manakala Kean pula dikritik hebat dan berdepan kemungkinan akan dipecat sekiranya pasukan itu tewas kepada Liverpool hari ini dan Manchester United, Sabtu nanti.

Ketika Suarez masih dibenarkan bermain sementara menunggu rayuan yang dibuatnya, Kean pula tiada tempat langsung untuk mengadu tentang nasib yang diibaratkan berada sudah di hujung tanduk.

Dalglish berkata, antara dua situasi itu, beliau lebih simpati dengan nasib yang menimpa Kean.

Katanya, sedih melihat nasib yang menimpa Kean kerana dia sepatutnya terus diberi sokongan dan bukannya dihina dengan mendesaknya meletakkan jawatan.

“Terlalu banyak tekanan dan perkara yang berlaku di kelab itu tetapi satu pun tidak membantu. Sedih kerana ia berlaku begitu. Tetapi itulah bola sepak,” katanya.

Bagaimanapun simpati Dalglish itu hanya di luar padang sahaja kerana beliau tetap tidak akan bertolak ansur demi untuk mencari kemenangan.

Liverpool yang diikat Wigan minggu lalu perlu menewaskan Blackburn jika berhasrat untuk menghidupkan peluang layak ke saingan Liga Juara Juara musim depan.

“Simpati tetap simpati tetapi kami perlu mengalahkan Blackburn. Ia satu perkara wajib,” tambahnya yang mengaku bakal menurunkan Steven Gerrard dalam aksi itu. – AFP
sumber

Kelibat Suarez, Kean Pasti Jadi Tumpuan Kelibat Suarez, Kean Pasti Jadi Tumpuan Reviewed by Admin on 8:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.