Doa Tidak Diterima 40 Hari Bagi Sesuap Makanan Haram



SUATU hari, Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad, sambil bertanya:
“Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan.”

Rasulullah kemudian menjawab: “Wahai Saad, untuk memastikan doa anda terkabul, jagalah makananmu. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari.

“Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat Ibnu Abbas).

Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan at-Tarmizi, ada menyentuh mengenai masa yang sesuai untuk memastikan doa dimakbulkan.

“Sesiapa yang ingin doanya dikabulkan Allah ketika dalam kesusahan, hendaklah memperbanyakkan berdoa ketika dalam kesenangan.”
sumber

Doa Tidak Diterima 40 Hari Bagi Sesuap Makanan Haram Doa Tidak Diterima 40 Hari Bagi Sesuap Makanan Haram Reviewed by Admin on 8:38:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.