12 Fakta Pelik dan Rahsia Besar Mengenai Kim Jong-il



Kim Jong-il mempunyai lebih 50 nama gelaran untuk dirinya. Antaranya seperti, "Respected Leader", "Dear Leader" dan "Glorious General Who Descended From Heaven".



Kononnya, ketika Kim Jong-il dilahirkan, terdapat sinaran pelangi-berkembar dan burung yang meramalkan kelahirannya di kawasan terpencil Pergunungan Paektu.


Kim Jong-il amat gemar memakan daging keldai panggang! Pernah juga satu kisah dahulu beliau mengimport 12 ekor arnab gergasi untuk diternak, namun kemudiannya menjadi makanan untuk dirinya.



Kim Jong-il mempunyai kuasa rahsia dimana beliau mampu mengawal cuaca, dan kadang-kadang juga cuaca bertindak balas bergantung kepada perasaan dirinya.


Kim Jong-il mempunyai fobia terhadap penerbangan udara seperti bapanya. Jadi beliau akan cuma melakukan perjalanan menggunakan keretapi kebal peribadinya.


Kim Jong-il mempunyai minat yang gila terhadap wain dan menghabiskan sebanyak USD$700,000 setiap tahun untuk membeli arak Hennessy dan wain dari Perancis.


Kim Jong-il tidak pernah membuang air besar!


Kim Jong-il pernah menculik dua orang pengarah file ternama Korea Selatan, untuk dipaksa menghasilkan sebuah filem tiruan kepada filem Godzilla, pada tahun 1978.


Kim Jong-il amat cerewet pada makanan! Nasi yang dihidangkan akan diasingkan mengikut butiran beras, dan setiap butir beras mesti mempunyai berat, saiz,warna dan ukuran yang betul.


Kim Jong-il membuat kenyataan pada tahun 2004 kepada rakyat Korea Utara, beliau telah menghasilkan menu makanan baru yang dinamakan 'Hamburger'. Ini dikatakan sebagai usahanya untuk menghapuskan pengaruh kapitalis US.


Ketika berumur 5 tahun, abangnya, Kim Shu-ra telah maut mati lemas dalam kolam renang, dan menurut laporan, Kim Jong-il adalah punca dan pembunuh abangnya itu.


Kim Jong-il mendakwa dirinya sebagai Pakar Internet dan kononnya seorang Hacker komputer yang berbakat.
sumber 


p/s: yang ke 2,4 dan 7 memang aku tak percaye, sembang ~~ haha xD

12 Fakta Pelik dan Rahsia Besar Mengenai Kim Jong-il 12 Fakta Pelik dan Rahsia Besar Mengenai Kim Jong-il Reviewed by Admin on 5:55:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.